AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

Sunday, July 26, 2009

MEMAHAMI MAKNA SEBUAH KONVEK

KONVEK 2009 yang berlangsung baru-baru ini di MAEPS Serdang Selangor meninggalkan nostalgianya tersendiri. Kepada mereka yang berjaya menerima anugerah sekalung tahniah diucapkan, dan kepada mereka yang kurang bernasib baik, jangan putus asa, InsyaAllah KONVEK yang diadakan saban tahun akan menjanjikan yang terbaik pula untuk anda.

Anugerah yang disampaikan bukanlah merupakan matlamat pertama dan utama dalam perjuangan HPA. Ia hanya secebis kenangan dan penghargaan daripada pihak syarikat kepada pengedar dan pemimpin yang berjaya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. Kejayaan sebagai pemimpin dan pejuang dalam HPA bukan terletak kepada berapa nilai BONUS BULANAN yang diterima. tetapi yang lebih jauh dan penting ialah sejauhmanakah keikhlasan dan kejujuran hati dalam melayari dan mengharungi bahtera HPA memperjuangkan produk HALAL LAGI BAIK bagi menyelamatkan umat Islam dari terus kecundang memamah produk keluaran kafirun dan Yahudi Laknatullah.

HPA adalah sebuah syarikat milik umat Islam. Dalam usia baru 12 tahun mengharungi MLM (Syariah), sudah tentu cabaran dan dugaan yang ditempuhi semakin banyak dan mencabar. Namun cabaran diperingkat awal ketika waktu permulaan dan penuh jerih payah tidaklah sehebat cabaran dan dugaan ketika berada dipuncak kejayaan. HPA sentiasa melayani dan cuba untuk memenuhi karenah sekelumit pengedar dan pemimpin yang masih lagi terawang dan kabur di dalam bahtera HPA.

KONVEK yang berlalu sudah pasti tidak dapat memuaskan hati dan memenuhi naluri semua pihak. Oleh yang demikian muhasabah dan cermin diri daripada semua pihak yang terlibat amat perlu dengan niat dan nawaitu yang satu, iaitu mencari redha Allah SWT. Buangkan sifat dan sikap pentingkan diri sendiri. Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa kerana HPA adalah milik kita, dan kita jugalah yang wajib mempertahankannya. Allah SWT memberikan pelbagai sifat kepada setiap insan yang dilahirkan dan diciptakanNya. Sifat marah, suka, gembira, sedih, merajuk, iri hati, dengki, khianat, baik hati, pemaaf dan macam-macam lagi sifat yang ada. Oleh itu, sebagai insan yang serba lemah dan serba kekurangan, kita patut berasa syukur jika terpilih menerima anugerah yang disampaikan, dan jangan mudah putus asa dan 'hangat hati' serta merajuk sekiranya pada KONVEK kali ini nama kita tidak tersenarai untuk menerima anugerah yang disediakan. Mungkin KONVEK kali ini bukan rezeki kita. Rezeki dan habuan kita Allah SWT sudah tentukan untuk KONVEk yang akan datang.

Syabas dan tahniah kepada team pengurusan HPA yang sentiasa sabar dan cemerlang dalam meneruskan perjuangan dan mengharungi karenah setengah juta pengedar dan pemimpin HPA seluruh negara. Pengorbanan yang ditunjukkan merupakan satu jihad yang tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan ganjaran yang diberikan di atas muka bumi ini......Tahniah HPA....

Sunday, July 19, 2009

Benarkah produk herba atau apa sahaja dalam bentuk serbuk merbahaya kepada kesihatan?

Kebelakangan ini ada beberapa majalah serta akhbar yang menyiarkan artikel yang memberikan pendapat mengenai kemungkinan produk berbentuk serbuk memudharatkan kesihatan. Ianya diterbitkan dalam suasana terdapat trend produk-produk terbaru yang dikeluarkan dalam bentuk extraction. Apakah ini salah satu perang saikologi bagi memenangi pasaran? Semua yang ditulis setakat yang saya tahu tidak pernah dibekalkan dengan data-data yang terang dan jelas. Kalaulah ada mereka yang mengatakan bahawa serbuk ubatan yang menyebabkan terjadi batu karang dan batu dalam hempedu, itu hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak berdasarkan kepada ilmu.

Kalau kita mengkaji beberapa ilmu mengenai sistem tubuh iaitu sistem pencernaan (digestive system), sistem peredaran darah (circulatory system) dan sistem pembuangan (excretory system), sudah tentu dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tuduhan sedemikian adalah merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan kepada bahan yang sepatutnya menjadi penyembuh utama seperti yang diajar oleh nabi melalui hadisnya ‘kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, minum mada berbekam dan kay.

Dalam sistem pencernaan, makanan yang kita makan masuk melalui mulut lalu bergerak ke dalam perut, usus kecil dan usus besar lalu dikeluarkan melalui anus dalam jangkamasa 9 jam lebih kurang. Dalam perjalanan tersebut enzim-enzim pencernaan telah berperanan sehingga makanan bertukar kepada bentuk yang sesuai untuk diserap terutamanya di usus kecil dan sedikit di usus besar. Air, asid dan enzim bertindak melarutkan bahan-bahan untuk membolehkan ianya diserap. Bahan-bahan yang tidak larut semuanya akan masuk ke usus besar, melalui beberapa proses lalu ada yang diserap dan bakinya dikeluarkan sebagai najis termasuk serbuk herba. Serbuk herba yang melalui jalan yang sama mengalami beberapa proses sehingga bahan aktif, mineral dan vitamin dilarutkan lalu diserap sambil hampasnya keluar melalui najis. Penyerapan dari usus kecil ke dalam saluran darah adalah dalam bentuk bahan terlarut dan mustahil untuk serbuk kayu di serap.

Batu dalam hempedu terbentuk disebabkan oleh kandungan kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah. Kolestrol yang tinggi terjadi apabila seseorang mengalami masalah usus tersumbat dan mempunyai tabiat suka makan makanan berlemak. Hempedu yang mengeluarkan cecair hempedu (bile) gagal berfungsi dengan berkesan lalu lemak yang mempunyai kepekatan yang tinggi membentuk batu dalam hempedu. Ianya tidak ada kena mengena dengan serbuk herba yang kita ambil kerana mustahil serbuk herba dapat sampai ke kantung hempedu.

Batu karang pula terbentuk disebabkan oleh kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam darah. Kepekatan asid yang tinggi membentuk kristal yang lama kelamaan membesar dan mengganggu sistem urin. Kencing kerap, sakit pinggang dan kencing berdarah adalah di antara tanda awal pembentukan batu karang.

Kepekatan asid menjadi terlalu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan yang berlaku kepada fungsi buah pinggang. Juga disebabkan oleh tabiat pemakanan seperti gemar makan sea food dan pengambilan daging berlebihan. Buah pinggang bekerja menapis dan mengeluarkan asid dari darah. Dengan kehadhiran 1.2 juta penapis yg dinamakan nephron, asid di tapis keluar dan darah menjadi bersih. Nephron hanya menapis dan mengeluarkan asid dan bahan toksik. Keunikan Nephron adalah tentang penapisnya yang teramat halus sehingga tidak dapat ditembusi walaupun oleh sel darah merah, apatah lagi serbuk herba.

Isu serbuk herba sebenarnya tidak timbul di sini, sebab bagaimana untuk melalui dan masuk ke sistem buah pinggang walhal ke dalam saluran darah pun ia tidak boleh masuk. Saya berharap dengan penjelasan ini dapat melenyapkan sangkaan-sangkaan negatif mengenai herba yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal keberkesanan produk dalam bentuk serbuk dan extraction memerlukan satu perbincangan yang lain kerana banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keberkesanan produk bukan sekadar bentuk ianya disediakan.

PJS AZIZAN BIN AHMAD Presiden Kelab Pemimpin Utara HPA (KPU)

Thursday, July 16, 2009


KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mulai semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.BNM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, ia akan menggantikan wang kertas RM50 sedia ada secara berperingkat-peringkat.BNM setakat ini belum menetapkan tempoh wang kertas RM50 sedia ada dihentikan pengeluarannya, namun ia tetap sah diperlakukan bersama-sama dengan wang kertas baru ini.Menurutnya, wang kertas baru RM50 itu sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.Namun siri baru ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.


Wednesday, July 15, 2009

SIJIL HERBALIS 17



SIJIL HERBALIS 17
  • 11 Oktober - 31 Oktober 2009,Yuran RM2500.00
  • Tempat Bandar HPA Sungai Petani
  • Buat Bayaran Sekarang Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)- Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA)-No A/C: 02020010052950
  • Borang : http://hpa.com.my/ithpa/herbalis17.doc
  • Tel : +6 04-4419094 / 0196330727 Fax : +6 04-4419254

Sunday, July 12, 2009

jahatnya laknattullah yahudi

Didalam protokol Yahudi dinyatakan bahawa sistem yang perlu dirosakan dalam sesuatu bangsa yang ingin dikuasainya ialah sistem pendidikan. Sehinggalah sistem pendidikan terbentuk dengan nilai dan norma yang menolak keujudan ugama atau tuhan. Pengaruh kepada ilmu falsafah dan logik mengusai gaya berfikir sehinggakan mereka berjaya menjauhkan gulungan terpelajar dari pengkajian Al Quran dan sunnah.

Bagitu juga dalam dunia pengubatan dimana orang yahudi menguasai lebih daripada 80% industri ubat didunia. Mereka memperkenalkan pil perancang keluarga berdasarkan logik untuk kecukupan ekonomi sesuatu keluarga yang ideal. Selanjutnya orang Yahudi tidak lagi perlu berkerja keras kerana mereka mempunyai anak didik yang sentiasa tamat pengajian pada setiap tahun.

Akhirnya ummat Islam terus terpenjara dalam situasi " ditelan mati emak,diluah mati bapa"terutama kepada para doktor yang mula memberikan perhatian kepada tibbun Nabawi. Semoga kita terus merdeka bagi memilih sesuatu yang tidak bercanggah dengan pengubatan Islam.Amin.

Ucapan Terima Kasih Kepada semua






Dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta , PJS , fasi , leader kerana mengjayakan PBC taiping di hotel seri malaysia taipng
mari kita GEMPUR HPA INSYA'ALLAH

PBC TAIPING 11-12 JULAI 2009

diantara peserta muslimah yang berjaya

Diantara peserta muslimat yang berjaya

di antara leader,fasi dan pjs yang hadir di PBC taiping

pada 11 / 12 - julai PBC taiping yang betempat di HOTEL SERI MALAYSIA taiping telah

dihadir seramai 58 orang peserta

di antara pencermah yang hadir adalah :-


1-PENGENALANSYARIKAT OLEH PJS ZAMRI BIN OTHMAN

2- ASAS PLAN PEMASARAN OLEH PJS ISMAL BIN OTHMAN

3- DIAGNOS SARAF TAPAK TANGGAN OLEH PJS USTAZAH SIHAM BT HASHIM

4- ELEMEN 6M - SYED AGEEL BIN SYED MAHAYADIN

5- PRODUK HALAL SATU PILIHAN OLEH PJ USTAZAH SALIZA BT ZAINOL

6- PRODUK PILIHAN (KOPI RADIX) OLEH PJS MOHD NADZRI BIN AHMAD