AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

Monday, August 31, 2009

wajah dan produk terbaru yang telah sampai


bewajah baru ayam orgarnik dan produk baru sosej dari daging ayam


bewajah baru wahdah

Sunday, August 23, 2009

Alergi (alahan) udang dan ketam

Bila berlaku alergi seluruh tubuh terutama muka membengkak selepas mengambil makanan laut seperti udang atau ketam ,anda boleh mencuba sinergi ini. Selain daripada menghilangkan elergi tersebut, jika ia terus diamalkan anda tidak akan elergi lagi dengan makanan laut. InsyaAllah.Herba-herbanya adalah seperti berikut:-
1. Ardisia
2. Malac
3. Plantisol
4. Vitex
Ubatan anti histamin yang diberikan di hospital dan klinik hanya menghilangkan gejala Alergi pada ketika itu tetapi tidak menghilangkan terus kesan elergi pada sesuatu makanan. Selepas anda mengambil herba HPA terus mengambil makanan yang dikatakan dahulunya Alergi. InsyaAllah tidak berlaku lagi. Allahuakbar.
Namun bagitu satu lagi yang lebih cepat menghilangkan alergi iaitu madu corcinium yang baru dikeluarkan. Lebih cepat dan mudah cuma bergantung kepada kesesuaian tubuh sesaorang.

Sunday, August 16, 2009

TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada semua

pemenang dalam LDK

pemenang dalam LDK


terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua peserta lelaki


terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua peserta wanita


terima kasih kepada semua PJS dan juga Fasi yang membantu PBC pada sesi ni

suasana PBC taiping 15 -16 august 2009


kump minyak but-but membuat persembahan


pebincangan di antara fasi PJ sazali dengan peserta untuk LDK


pebincangan di antara fasi PJ hindon dengan peserta untuk LDK


para peserta yang hadir


para serta yang hadir

PBC taiping 15 - 16 august 2009


PJS Normah memberikan slot saraf tapak tangan


PJS Ustaz Zambri memberi slot Halal & haram

PJS Meor Johardi memberi slot produk pilihan Kopi radix


PJS Cikgu Nadzri memberi slot pengenalan syarikat
PJS cikgu Ismail Othman memberi slot asas plan pemasaran

cara mudah untuk turunkan kolesterol

Ada beberapa kaedah yang telah diamalkan dalam perubatan jawi untuk menurunkan kolesterol didapati sangat berkesan. Dibawah diberikan sinergi yang boleh di amalkan untuk kesihatan iaitu:-
1. Radix kapsul - 3 x 3
2. Omega 3 soft gel - 3 x 3
3. Minyak zaitun soft gel - 3 x 3
4. Teh herba - 2 uncang sehari.

Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan sakit jantung tersumbat dan pesakit didapati menjadi cepat marah dalam kegiatan harianya

Thursday, August 6, 2009

HPA buka Bakery House

Radix Bakery House HPA yg terletak bersebelahan dgn Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya semalam hari Rabu 5 Ogos selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Ahmad. Radix Bakery House ini menggunakan produk2 HPA sepertiOlive Oil, Madu, Kismis, Kopi Radix, Koko Radix, Jem Nenas, Jem Roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.


Disamping itu juga produk2 Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba2 HPA diantara produk2nya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza, cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain2.




Alhamdullillah keju yg digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat drpd minyak kelapa sawit. Penggunaan mentega dan pewarna dalam industri kek sekarang juga membimbangkan kita tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yg dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek di luar sana yang mengandungi sedikit alcohol utk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar. Semua masalah ini insyaallah HPA sedang berusaha utk mengadakan altenatif lain.

Semoga Radix Bakery House ini dapat didirikan disetiap daerah di seluruh negara.

produk yang jadi pilihan orang ramai


produk sejuk beku fish cake,fish ball,nugget fish buger

kordial minuman dari bahan tempatan yang tepilih
dari kanan kordial manga,kardial asiatica,kordial jambu batu merah,kordial roselle

sos cili,sos tomato,sos cili roselle,sos cili thai

pencuci organik widuri(pinggan mangkuk),merbau(lantai),angsana(tandas)

radix koko sachets dan juga radix koko - 1KG


Monday, August 3, 2009

ayam organik sebagai satu alternatif

isu ayam semakin hangat dibincangkan di dalam surat akhbar, risalah dan media massa. Begitu juga di masjid dan surau, begitu banyak ustaz yang membicarakan tentang halal dan haram. Ini haram itu haram. Terpanggil diri ini untuk bertanya, jika semuanya haram, bagaimana pula dengan alternatifnya? Adakah telah sedia ada dipasaran? Maka, wajarlah produk barangan HPA dijadikan sebagai alternatifnya atau pengganti kepada barangan asing. Hapuskan produk asing.



Mungkin ada dalam kalangan saudara yang bertanya, ini semua adalah gimik perniagaan dengan bertujuan untuk menjual produk barangan HPA. Saya katakan tidak sama sekali. Persoalannya adalah, pernahkah saudara terfikir makanan yang diberikan kepada ayam yang diternak hari ini? Dengan kata lain, makanan atau dedak ayam yang diberi kepada ayam ternakan. Pernahkah saudara menganalisis dan mengenal pasti bahan-bahan yang dicampurkan ketika membuat proses makanan ayam? Pernahkah saudara mengambil sampel DNA ayam ternakan hari ini? Adakah ia tidak bercampur dengan DNA babi. .

Bukanlah niat saya untuk menjejaskan industri ternakan ayam, tetapi marilah kita berkongsi sedikit maklumat dan kebenaran mengenai isu ayam ini. Pada hari ini, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai
Dicalcium phosphate telah dicampur ke dalam proses membuat makanan ayam. Kenyataan ini telah diperjelas dan suarakan oleh pihak JAKIM dan CAP. Apakah itu Dicalcium phosphate? Ia adalah satu bahan yang diperbuat dari serbuk tulang-tulang binatang. Persoalannya dari tulang binatang manakah yang diambil? Berdasarkan kajian, kebanyakkan DCP yang terkandung dalam makanan hari ini dipercayai diperoleh daripada tulang babi yang telah disiap proses menjadi serbuk. Bahkan dengan mencampurkan DCP ke dalam makanan ayam hari ini, ia didakwa mampu membesarkan ayam dengan lebih cepat dan gemuk.

Yang kita soalkan disini adalah kehalalan. Pembeli utama ayam dipasaran hai ini adalah umat Islam. Ya, mungkin ada dalam kalangan kita menyatakan, ayam itu halal kerana disembelih mengikut cara Islam dan dijual oleh orang Islam. Yang kita tegaskan disini ialah makanan yang dimakan oleh ayam itu sekaligus akan menjadi sebahagian daripada DNA ayam itu sendiri bukanlah kaedah sembelihannya atau dibeli daripada orang Islam.







Maka, Alhamdulillah HPA mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan bekalan ayam organik yang diternaknya sendiri dengan berteraskan makanan herba, diantara makanan yang dijadikan sebagai makanan ayam ialah
habbatus sauda, jagung, ubi dan bijirin. Manakala vaksin ayam itu pula ialah dengan menggunakandaun mambu. Pada hari ini saja, ayam yang diternak oleh HPA mampu menanggung keperluan selama setahun. Subhanallah.

Wabak selesema babi ( H1N1 ) 2009 bermula pada Mei dan sehingga 21 Jun 2009, terdapat 50 kes di Malaysia, tetapi hingga 2 Ogos terkumpul 1429 kes dengan kematian 6 orang. Daripada 1,429 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sepuluh (10) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah. Peningkatan kes yang pantas ini amat membimbangkan semua pihak.

Persoalannya mengapa begitu pantas berlaku di negara ini padahal di peringkat awal pihak berwajib memberi jaminan bahawa kes ini terkawal. Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berkerja keras bagi memastikan penyakit itu tidak menular ke negara ini. Namun kerja keras mereka berdua gagal membendung.
Bermula dari beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina ditutup, tapi dalam tempoh tidak sampai sebulan beberapa UiTM ditutup, kemudian kolej dan politeknik termasuk sekolah agama di Johor turut terlibat. Perkembangan ini sungguh menghairankan. Mengapa pelajar Melayu dan Islam menjadi mangsa H1N1?
Rencana ini cuba menyingkap rahsia di sebalik wabak ini dan kaitannya dengan umat Islam. Sebenarnya sepanjang virus ini menyerang dunia, umat Islam daripada golongan pemimpin sehingga orang awam di kampung berasa sangat selesa dan selamat. Malah sebahagian orang Islam beranggap, selesema babi hanya akan menyerang orang yang makan babi. Maka orang Melayu tidak akan kena wabak itu.
Oleh sebab tidak bimbang penularannya terhadap orang Islam, pemimpin termasuk ulama tidak serius dalam usaha mengelaknya. Mereka tidak mengambil kisah dengan penjagaan kesihatan dan kebersihan. Umat Islam sudah ada rasa berbunga di hati bahawa mereka boleh bebas daripada selesema babi, namun hakikatnya mereka sombong kepada Allah.
Sebenarnya Allah datangkan wabak ini untuk menguji hamba-Nya, tetapi apabila hamba-Nya tidak mahu mengambil iktibar daripada wabak itu, maka Dia membiarkan wabak itu menyerang sesiapa sahaja. Siapa yang langsung tidak mahu menjaga kesihatan dan kebersihan akan lebih cepat mendapat penyakit itu.
Selain itu, umat Islam yang terus lalai, leka, dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.
Menyedari keadaan ini, saya menyeru semua umat Islam supaya bertaubat daripada kealpaan itu. Marilah kita membaca doa minta Allah hindarkan wabak itu daripada kita dan negara. Baca doa ini sebanyak tujuh kali setiap kali lepas solat:

لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الوَبَاءِ الْحَاطِمَةاَلْمُصْطَفَى وَالْمُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مَعَ فَاطِمَة

Bagiku lima orang yang dengannya boleh memadamkan kepanasan wabak iaitu Nabi Muhammad, Ali, Hasan, Husin bersama Fatimah.

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah.Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
  1. IMT - 3 biji 3 kali sehari

  2. Roselle - 5 biji x 3 atau teh roselle - 2 uncang x3

  3. Madu corcinium - 2 sudu x 3

  4. Kopi Radix bila perlu

  5. Malac - 2 biji x 36

  6. Teh herba bila perlu
Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.

Rujukan: Blog Us. Ahmad Baei Jaafar dan Blog PU HPA

kelas mingguan 02-08-2009


PJS Abdullah Bin Abu Hassan memberi ceramah


PJS Norzehar Bt Dzulkifli memberi ceramah perawartan

Sunday, August 2, 2009

PBC TAIPING 15-16 AUGUST 2009

pbc taiping akan diadakan di taiping pada 15 - 16 august 2009
betempat di hotel seri malaysia taiping.

tempahan boleh di buat cawangan HPA taiping
sebarang masalah boleh bertanya kepada

pengarah program Ustaz yusfee 019-4410611