AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

Wednesday, October 27, 2010

Kapsul Iner G



Kapsul Iner G adalah herba khas untuk rawatan kencing manis. Boleh ditambah dalam Kopi Radix ataupun diambil dengan Plantisol. Ianya juga akan memberi tenaga kepada pesakit kencing manis yang menghadapi simptom letih yang keterlaluan termasuk yang ada masalah impotensi (tenaga lelaki).

Pengambilanya juga tidak perlu tinggi iaitu 1×3 sahaja. Pada pesakit kencing manis yang masih baru, herba ini juga sangat efektif. Ia dibuat daripada 100% pokok Tebu Gajah hutan spesis yang memanjat. Adanya Iner G, kini HPA memiliki herba yang lengkap untuk rawatan kepada pesakit kencing manis.

Set lengkap produk HPAuntuk rawatan kencing manis ialah Plantisol, Iner G, Teh Tropika dan Habbatussauda. Peratus pesakit kencing manis semakin meningkat dan sudah sampai masanya kita perlu ada solusinya.

60 biji kapsul per botol

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 25

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 7

Sunday, October 24, 2010

Jelly Gamat HPA

Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.

Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan

  • Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
  • Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.

Gamat

  • Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
  • Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.

Khasiat Gamat

  • Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
  • Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.

Keunikan Gamat

  • Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
  • Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
  • Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
  • Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendidan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
  • Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
  • Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
  • Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
  • Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
  • Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.

Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia

  • Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
  • Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.

Sebatian bioaktif dari gamat

  • Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
  • Aktiviti antioksidan.
  • Anti-tumor (membantutkan tumor)
  • Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
  • Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
  • Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Meningkatkan tahap imuniti
  • Anti inflammatory dan antiulcer
  • Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
  • Membunuh parasit malaria
  • Mempercepatkan proses membetulkan tulang
  • Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
  • Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)

Gamat HPA

  • Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
  • Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi

Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia

“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”

“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”

Produk Jelly Gamat

  • Khasiatnya terbukti
  • Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
  • Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.

Isipadu: 300 ml

Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Nilai Mata (NM): 8

Tuesday, October 19, 2010

Monday, October 18, 2010

Pusat Rawatan Herba: Menjauhi Tujuh Dosa Besar

Pusat Rawatan Herba: Menjauhi Tujuh Dosa Besar: "Hadis : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:'Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:'Apakah dosa itu..."

Menjauhi Tujuh Dosa Besar

Hadis :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim

Huraian :
1. Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.
ii. Sihir
iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)
iv. Memakan harta anak yatim
v. Memakan riba
vi. Lari dari medan pertempuran
vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

2. Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.

3. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat

Friday, October 15, 2010

Bukan feng sui.

Mempercayai feng sui termasuk dalam persoalan aqidah apabila aliran udara itu dikaitkan dengan rezeki,ruh naga dan sebagainya. Hari ini orang mula membicarakan pula tentang sains feng sui . Apapun sesuatu dasar kepercayaan yang tidak berdiri diatas dasar tauhid pasti akan menyebabkan tergelincirnya aqidah.


Mukabumi yang diciptakan tuhan tidak sama,berbukit dan juga lembah. Bagitu juga dengan kandungan udara pada sesuatu tempat juga berbeza akibat dari kedudukan tinggi rendah tanah dan tekanan yang berbeza. Kadangkala apabila kita tinggal disuatu tempat dan menyebabkan badan tidak sehat,sewajarnya kita mencari kawasan yang lebih selesa penafasanya.Bagaimana menentukan tempat ini? Cara menentukanya ialah dengan melihat dan merasakan keselesaan tubuh apabila bangun di waktu pagi. Jika oksigen mencukupi,tubuh akan merasa ringan dan cergas,kepala tidak berat dan tidak rasa tekanan pada bahagian otak.

Jika kita bangun tidur dalam keadaan letih dan terasa ingin tidur semula menandakan kerehatan tubuh tidak sempurna di waktu malam.Ini disebabkan oleh kualiti oksigen yang tidak mencukupi.Biasanya keadaan ini juga berlaku di kawasan pergunungan atau daerah yang berbukit bukit.Akibatnya mudah berlaku ketumbuhan terutamanya di kelenjar dan boleh menyebabkan kanser.Jangan percaya pada feng sui tetapi percayalah kepada deria tubuh anda yang mengerti perubahan tempat ini.Rumah- rumah orang Islam sepatutnya jangan sunyi dari bacaan surah Al Baqarah.maksud hadis "bacalah oleh kalian surah al Baqarah,kerana sesungguhnya barangsiapa yang membacanya akan mendapat barakah,dan barangsiapa yang meninggalkanya akan merugi.Dan para tukang sihir tidak boleh menyampaikan maksud jahatnya"(muslim)