AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

Sunday, March 20, 2011

BAHAYA PLASTIK





Kehidupan kita hari ini penuh dengan plastik. Dalam kenderaan, permainan kanak-kanak, pembungkusan, barangan rumah, komputer, sudu dan garfu, alat-alat perubatan dan banyak lagi - tidak mampu disenaraikan semuanya sekali. Plastik diperolehi secara murah, dan ia memiliki kelebihan tersendiri dari segi daya ketahanan seperti tahan kebocoran, tahan panas atau sejuk, mudah dibentuk malah ia lebih ringan berbanding logam. Penemuan plastik telah banyak membantu memudahkan kita dalam kehidupan.

Malangnya penggunaan plastik secara tidak terkawal telah mencemarkan dunia hari ini.
Ia juga mengotori dunia kita, menyumbat longkang-longkang, menghalang aliran air sungai dan membunuh hidupan di laut. Plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus, maka ia tidak boleh musnah dalam jangka masa yang pendek. Jika dibakar, ia akan menghasilkan gas bertoksik lalu mencemar alam sekitar. Meskipun ia banyak membantu memperbaiki kehidupan kita, ia sebenarnya membawa bersama bahaya yang tidak ramai sedari.

Bahan plastik akan bertindakbalas secara kimia apabila dipanaskan. Sejenis kimia yang dipanggil bisphenol-A (BP-A) terhasil dan akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh apabila ia masuk bersama-sama makanan yang kita makan atau minuman botol yang diteguk. Secara asasnya, plastik tidak merbahaya kepada kita, tetapi bila ia mengalami perubahan suhu, BPA yang terhasil itu akan meracuni tubuh kita. Oleh itu, elakkan menggunakan bekas plastik sebagai bekalan mengisi minuman sebaliknya gantikan dengan bekas logam tahan karat atau gelas.

Minuman botol yang didapati di pasaraya hari ini hampir semuanya menggunakan botol plastik. Ada yang berpendapat ia tidak mengapa jika digunakan kali pertama sejak ia dibotolkan dikilang pengeluar minuman. Mereka berpendapat ia adalah botol pakai buang - selepas digunakan ia tidak perlu lagi disimpan. Pendapat begini adalah silap. Plastik sebenarnya telah dipanaskan sebelum kita menggunakannya. Malangnya ada di kalangan masyarakat kita menggunakannya untuk mengisi air 'kosong' atau minuman kopi dan sebagainya lalu dibawa bersama ke tempat kerja sebagai bekalan.

Perlu diketahui bahawa proses membentuk botol minuman bermula dengan pemanasan. Dari tiub plastik sebesar ibu jari, ia dipanaskan dan dilentur kepada berbagai rupa bentuk yang dikehendaki oleh pengeluar minuman. Adakalanya, bentuk botol membezakan jenis minuman atau syarikat pengeluar. Sejak awal lagi, plastik yang kita minum itu sudahpun melalui proses pemanasan. Jika ia dibersihkan sebelum minuman dimasukkan, ia belum tentu menjamin botol itu bebas dari BP-A.

Bagaimana pula dengan proses penghantaran? Jika anda fikir ia masih selamat, bayangkan lori atau apa saja yang membawa botol minuman dari kilang yang sudah siap untuk dipasarkan ke kedai atau pasaraya! Tentu ia akan mengalami perubahan haba semasa dalam perjalanan. Negara kita mengalami iklim yang panas antara 29 hingga 34 Selsius. Dengan kadar suhu 25 Selsius sudah cukup untuk membuat botol plastik bertindakbalas menghasilkan BP-A.

Di Amerika, ramai Veteran perang Teluk dikesan mendapat berbagai jenis kanser seperti prostat sejak pulang dari operasi di Iraq. Dalam kajian dilakukan, mereka mengesyaki penggunaan botol plastik secara berluasa sebagai bekas minuman mereka menyumbang kepada penyakit kanser. Malah cuaca yang panas di kawasan padang pasir menambah burukkan lagi keadaan. Sejak itu, pihak pentadbiran ketenteraan menukar bekas minuman tentera mereka kepada bekas logam. Walaupun begitu, ia masih tidak mengharamkan penggunaan bekas plastik terhadap orang awam.

Kerajaan sepatutnya mengharamkan penggunaan plastik sejak dulu lagi. Tetapi untuk mengharapkan tindakan sedemikian adalah suatu keajaiban kerana plastik sudah digunakan secara leluasa di serata dunia dan belum ada mana-mana pihak yang berani mengharamkan penggunaan plastik termasuk di Amerika sendiri. Berjuta-juta perniagaan mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit dengan kos pengeluaran yang murah dengan adanya plastik. Harga barangan dapat diminimakan dengan penggunaan plastik. Malah kita dapat memiliki barangan dengan harga yang rendah disebabkan penggunaan bahan plastik. Itu belum lagi dikira keuntungan yang dibuat oleh syarikat atau kilang membuat plastik!


Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Berikut antara jenis plastik yang anda MESTI ketahui dan ada di antaranya membawa risiko yang sangat merbahaya:

Plastik No. 1 - PET (Polyethylene terephthalate)
Terdapat pada minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masakan. Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik.
Ia hanya digunakan sekali sahaja.

Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
botol detergen, karung sampah, botol minyak enjin
Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang-kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.

Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
Digunakan sebagai botol syampu, botol minyak masak, salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip. Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.

Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)

Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
Biasa digunakan sebagai botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol. Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.

Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
Bekas polistrin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi peniaga-2.

Plastik No. 7 - lain-lain
Semua jenis plastik selain jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antaranya seperti plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, casing komputer. Antara yang merbahaya adalah polikarbonat (PC)

Sunday, March 13, 2011

hukum disebalik mengisap shisha

Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat Kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, ASAP tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar IA tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa IA selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.

Kepercayaan lama ini masih tersebar Dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke Hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau dengan rokok?

Apakah Sebenarnya Shisha Itu?

Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau Dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika Dan Asia lebih kurang empat kurun yang lalu. Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:
  • Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau Dan arang.
  • Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala Dan bahagian bawah Dan kebiasaannya IA diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.
  • Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya IA diisikan dengan air tetapi kadang kala IA juga boleh diisikan dengan susu, jus buahbuahan ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.
  • Hos Dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut ASAP keluar daripada alat shisha tersebut.
Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, Ada yang mempunyai hos Dan alat penyedut yang lebih dari satu Dan boleh dikongsi berdua atau lebih Dan juga perbezaan pada bentuk Dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.

Bahkan nama bagi shisha ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria Dan lain-lain) IA dikenali dengan nama narghile, di Mesir Dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula IA dikenali sebagai shisha atau goza Dan di India IA dipanggil hookah. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil waterpipes tetapi nama shisha lebih dikenali Dan sering digunakan.

Jenis Tembakau Shisha

Terdapat dua jenis tembakau shisha iaitu yang dipanggil mu‘assal Dan‘ajami . Tembakau mu‘assal terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan Dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu‘assal ini basah Dan melekit Dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis Dan nyaman seperti bau buah-buahan Dan kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini.

Tembakau ‘ajami pula selalunya tidak berperisa, kering Dan lebih asli. Sebelum digunakan IA perlu dicampurkan dengan air sehingga IA boleh dicanai atau dibentuk Dan harganya lebih Mahal.

Cara Menggunakan Shisha

Cara menggunakannya ialah dengan membakar tembakau shishaitu dengan meletakkan bahan pembakar seperti arang (sama Ada arang kayu atau arang campuran) kerana tembakau shisha ini tidak dapat terbakar dengan sendirinya secara berterusan. Kemudian ASAP tembakau itu disedut dengan menggunakan hos atau alat penyedut.

Tetapi perlu diingat bahawa apabila pengguna menyedut ASAP daripada alat shisha ini, dia bukan sahaja menyedut ASAP daripada tembakau tetapi juga ASAP daripada arang, yang masing-masing mengandungi bahan kimia Dan toksik yang terhasil dari pembakaran tersebut.

Kesan Shisha Menurut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Menurut satu dokumen yang bertajuk “Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise” yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2006, bahawa tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya Dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah shisha.

Ini kerana satu sesi penggunaan shisha (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunanya kepada ASAP yang lebih banyak dalam masa yang lebih lama berbanding daripada sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit), Dan ASAP yang terhasil dari shisha tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung Dan berbagai jenis penyakit yang lain.

Manakala ASAP daripada shisha (yang terhasil dari pembakaran tembakau Dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu IA juga mengandungi hidrokarbon (benzene Dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi kadarnya belum dapat dipastikan.

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing Dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).

Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit seperti turberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan Dan bahkan juga HIV.

Walaupun kajian mengenai shisha ini belum dilakukan secara intensif sebagaimana yang dilakukan terhadap rokok, namun kajian awal telah menunjukkan bahawa shisha itu boleh membawa risiko Dan bahaya yang sama yang disebabkan oleh rokok. Ini adalah berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat pihak WHO Dan disokong oleh data saintifik, telah menyatakan:
  • Menggunakan shisha untuk menghisap tembakau boleh menyebabkan bahaya kesihatan yang serius kepada perokok Dan juga orang lain yang terdedah kepada ASAP tembakau tersebut.

Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa shisha boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternatif yang selamat bagi rokok. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza menghisap shisha adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan boleh membawa maut.

Larangan Memudharatkan Atau Membunuh Diri

Ugama Islam sebagai ugama sejahtera sangat menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Kerana itu Islam melarang umatnya daripada memudharatkan diri mereka sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Qur’an antaranya firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu.(Surah an-Nisa 29)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan.(Surah al-Baqarah: 195)

Dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud:

Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Ayat al-Qur’an dan hadits ini jelas melarang manusia dari membunuh dan memudharatkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Kerana seseorang manusia itu tidaklah memiliki dirinya sendiri sehingga dia boleh sesuka hati melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Bahkan dia adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Kehidupannya adalah hak Allah Subahanahu Wa Ta‘ala kerana Dialah yang mengurniakannya dan Dialah yang berhak ke atasnya. Begitu juga kesihatan seseorang, ia merupakan kurnia dan nikmat Allah kepadanya.

Oleh kerana itu haram seseorang menamatkan riwayat hidupnya sendiri (membunuh diri) dan memudharatkan kesihatannya padahal dia tahu bahayanya, kerana manusia dan kehidupannya adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Tidak ada perbezaan antara orang yang membunuh diri secara mengejut dengan orang yang membunuh diri secara perlahanlahan, seperti dengan memakan racun. Ini kerana kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, yang berbeza hanyalah segera ataupun lambat. Tetapi natijahnya adalah sama iaitu memudharatkan atau menyebabkan kematian. Kedua-dua cara ini sama tertegahnya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Untuk memelihara kesejahteraan umatnya, Islam juga telah menetapkan beberapa kaedah bagi menolak bahaya dan kemudharatan, antara kaedah yang digunakan para ulama dalam menentukannya ialah:

“Kemudharatan itu dihilangkan (dihindarkan).”

Maka jika sesuatu benda itu sabit mendatangkan mudharat, kerosakan dan kebinasaan, hendaklah ia dijauhi dan dihindari. Memakan, meminum dan juga menghisap benda-benda yang memudharatkan hendaklah dielakkan bahkan ia dihukumkan haram. Tidak kira sama ada bahaya atau mudharat tersebut datang secara perlahan-lahan atau serta merta, kerana para ulama telah mengatakan bahawa bahaya secara perlahan-lahan juga adalah sama dengan bahaya yang serta merta, kedua-duanya perlu dielakkan.

Jika dilihat berdasarkan hasil kajian yang ada setakat ini menyatakan bahawa shisha itu boleh membayahakan kesihatan sebagaimana rokok, maka ia adalah haram. Kerana apabila syara‘ mengharamkan al-khaba’its (benda-benda yang keji, jijik, buruk dan seumpamanya) atau perkara yang merbahaya atau memudharatkan, ia adalah berdasarkan kaedah:

“Apa jugamakanan atau minuman yang mengandungi unsur-unsur alkhaba’its adalah haram.”

Yang mana kaedah ini didasarkan kepada ayat-ayat al-Qur’an serta hadis di atas. Maka apabila shisha itu memudharatkan, dan setiap yang memudharatkan itu haram dimakan atau diminum, maka menghisap tembakau menggunakan shisha itu juga adalah haram.

Menyentuh mengenai perkara memakan dan meminum benda yang memudharatkan dan merosakkan tubuh badan, dalam al-Qur’an Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah menerangkannya dengan terang dalam firmanNya:


Tafsirnya: “Dan Dia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka (segala) yang buruk.(Surah al-A‘raf 157)

Antara maksud atau huraian perkataan al-khaba’its ialah sesuatu yang menjadi sebab kerosakan dan bahaya kepada tubuh badan atau dari sumber-sumber yang memudharatkan. Walaupun perkataan al-khaba’its dalam ayat ini ditujukan kepada (memakan) daging babi dan riba, namun menurut al-Imam Fakhruddin ar-Razi Rahimahullahu Ta‘ala ketika mengulas ayat di atas adalah seperti berikut:

“Mengikut pendapatku: Setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat (tabiat semula jadi) dan dianggap kotor oleh jiwa, adalah memakannya boleh menyebabkan timbul kesakitan atau kemudharatan. Dan asal (dasar) hukum segala yang memudharatkan itu haram. Oleh yang demikian, maka asal (dasar) hukum setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat juga adalah haram, melainkan benda-benda yang mempunyai bukti untuk dikecualikan.”

Hukum Penggunaan Shisha

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan awal mengenai shisha, menunjukkan bahawa ia boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok, bahkan ia juga dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang sama yang berkaitan dengan menghisap rokok. Walaupun kajian yang lebih terperinci masih dijalankan dan belum ada keputusannya, namun hasil keputusan itu nanti tidak mungkin menyatakan bahawa shisha itu selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan kerana menurut kajian awal (preliminary research) sahaja telah menunjukkan bahayanya terhadap kesihatan.

Maka jelaslah bahawa menghisap tembakau menggunakan shisha membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan berbagai penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, setiap yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta merta, hukumnya adalah haram.



sumber - Mufti Brunei