AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE
Pages
Friday, December 25, 2009
Orang Yang Berbudi Mulia
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut" Riwayat Ahmad
Huraian :
Pengajaran Hadis
i) Orang yang berbudi mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada terlibat dalam pertelingkahan yang selalunya tidak berlandaskan pemikiran yang rasional kerana hal ini merupakan satu tindakan yang tidak produktif dan tidak berfaedah malah hanya akan berakhir dengan perpecahan dengan hidup saling bermasam muka di antara satu sama lain.
Ii) Islam menyuruh kita agar hidup bersatu padu, bersikap merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ini akan memudahkan perhubungan dan kasih sayang sesama umat Islam di mana pemimpin masyarakat dan organisasi yang sebegini juga akan disenangi oleh para pengikut dan kakitangannya malah akan mudah mendapat kerjasama daripada mereka.
iii) Demikian juga kita dilarang menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam mencemuh, mencarut dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dan hilang rasa hormat antara sesama anggota masyarakat. Maka berlakulah ketegangan yang sebenarnya merugikan keseluruhan umat Islam itu sendiri.
Sunday, December 20, 2009
Sunday, November 29, 2009
Hikmah Di Sebalik Ibadah Korban
Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".
( Surah al-Kausar : 1-3 )
Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pعla lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. :
"مَنْ وَجَدَ سَعَةً ِلأَنْ يُضَحِّيَ فَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنـَا"
Maksudnya : " barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini ".
( riwayat Ahmad dan Ibni Majah )
Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.
Jelaslah kepada kita, bahawa ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban. dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri.
Sebagai kesimpulan, antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah :
1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.
2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( تَقَرُّبْ إِلى اللهَ )sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.
3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim.
4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.
5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.
Maksudnya : " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ".
( Surah Ibrahim : 7 )
Sunday, November 22, 2009
kelas mingguan di kuala kangsar
Fadhilat Dan Hikmah Korban
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi
Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."
Sunday, November 15, 2009
kelas mingguan kuala kangsar telah muncul kembali
PBC taiping 14-15 / 11 / 2009

Saturday, November 14, 2009
Hadis : Jangan Menolak Sedekah
|
Hadis : |
Monday, November 2, 2009
selamat datang reinsan center
- BAHASA ARAB
- TAFSIR AL-QUR'AN
- HADITH
- FEQAH
- ILMU TAJWID
- RAWATAN ISLAM
Thursday, October 29, 2009
Kisah membantu jiran dan anak yatim
Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."
Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu, "Muwaffaq."
Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."
Wednesday, October 28, 2009
bukan dari RCH dengan RFC
JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.
________________________________________
KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.
Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.
Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.
"Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.
"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.
Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.
KOMEN DARI GM.
SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPURAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMAADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.
INI KES RESTOREN AYAM YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLE SEBUT NAMA...
Tuesday, October 20, 2009
17 - 18 okt 2009 PBC taiping
Di antara Pemimpin - pemimpin KPU yang hadir adalah PJS Mohd. Nadzri Ahmad ( Pengenalan Syarikat ), PJS Ismail Othman ( Plan Pemasaran ), PJS Sharifah Sulaiman ( Diagnos Saraf Tapak Tangan ), PJS Zainuddin Abdul ( 6M ), PJ Saliza Zainol ( Produk Halal ), PJS Mohd. Zamri Bakar ( Produk Pilihan ), PJS Zanbli Abdul Rashid dan PJS Siham Hashim ( Bersama Pemimpin ),PJS Asnah Mustafa dan PJS Noormah Zainol ( Urusetia ), PJS Mohd. Bakar Awang ( Bacaan Al - Ma`thurat ), PJS Muzlina, PJ Haryzan, PJ Zalilah, PJ Roslina, manakala Malam Bintang - Bintang pula adalah PJE Imillia Abdul Malek dan PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir. MC pula ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof dan PJ Mohd. Affendy Ismail.
Para Fasilitator adalah PJI Haridah Khanun, PJ Hindon, PJ Sazali Salihuddin dan penampilan baru, Ku Iskandar Ku Aziz.
Menurut Pengarah PBC Taiping pada kali ini iaitu PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PBC kali ini walaupun menampilkan penceramah yang hebat - hebat, namun hanya dapat menghimpunkan seramai 37 orang sahaja pada kali ini adalah kerana ramai yang masih dengan `mabuk raya '. walau bagaimanapun, PBC Taiping kali telah berjalan dengan jayanya dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dari Taiping dan juga dari utara yang telah menjayakan PBC Taiping terutamanya PJS Asnah Mustafa yang tidak jemu - jemu mengendalikan PBC di Taiping dari dulu hingga sekarang.
Saturday, October 17, 2009
Setiap Penyakit Ada Penawarnya
Hadis : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram." (Abu Daud) Huraian : 1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. 2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa. 3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya. 4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya. 5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah. dari http://dakwah2u.blogspot.com/2009/10/hadis-setiap-penyakit-ada-penawarnya.html |
Friday, October 16, 2009
cara mudah untuk penyata bonus
Pengedar boleh mendaftar keahlian mereka melalui laman web berikut:
http://hpa.com.my/bonus/...
Pendaftaran dibuka sekarang...
Wednesday, October 14, 2009
BAHAN HARAM
On the authority of Abu ‘Abdullah al-Nu’man bin Bashir, radiyallahu ‘anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu ‘alayhi wasallam, say:
“Truly, what is lawful is evident, and what is unlawful is evident, and in between the two are matters which are doubtful which many people do not know. He who guards against doubtful things keeps his religion and honour blameless, and he who indulges in doubtful things indulges in fact in unlawful things, just as a shepherd who pastures his flock round a preserve will soon pasture them in it. Beware, every king has a preserve, and the things Allah has declared unlawful are His preserves. Beware, in the body there is a flesh; if it is sound, the whole body is sound, and if it is corrupt, the whole body is corrupt, and behold, it is the heart.”
[Al-Bukhari & Muslim]
LIST OF HARAM INGREDIENTS
Alcohol (liquor, rum, sherry, wine, etc)
Gelatin
Lard
Rennin (rennet)
Whey
EMULSIFIERS
E120 Carmine, Cochineal, Nafur
E140 Chlorophyl
E141 Chlorophyl (copper complex)
E153 Carbo medicinalis
E160A Carotene (alpha, beta, gamma)
E161A Flavoxanthin
E161B Lutein
E161G Cantaxanthin
E252 Potassium nitrate, Salpeter
E422 Glycerin (glycerol)
E430 Polyoxyiethylen (8) stearate
E431 Polyoxyiethylen stearate
E432-36 Polysorbate
E470 Sodium, potassium, calcium acids
E471 Mono & di-glycerides fatty acids
E472 (A-E) esters of mono & di-glycerides fatty acids
E473 Sucrose esters of fatty acids
E474 Syroglycerides
E475 Polyglycerol esters of fatty acids
E476 Polyglycerol esters of polycondensed fatty acids
E477 Propane – 1, 2-diol (propylene glycol) esters of fatty acids
E478 Esters of glycerol & propane -1, 2-diol
E491 Sorbitanmonostearate
E492 Sorbitancristearate
E494 Sorbitanmono-oleate
E542 Knochonphosphate
E570 Stearic acid
E572 Magnesium stearate
E631 Sodium inosinate
E632 Potassium inosinate
E635 Sodium-5’ -ribonucleotide
E913 Wolfett, Lanolin
E920 L-cystein, L-Hydrochloride
E921 L-Cystein
1. Ingredients are considered haram because:
a) Animal origin
b) Extraction by alcohol
c) Addition of gelatin / glycerin during process
2. Ingredient originated from plant & product labeled Suitable for VEGETARIANS override the list and are Halal for consumptions
LAJNAH TARBIYAH & DAKWAH (LTD) PERSATUAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA IRELAND (PPIMI)
Sunday, October 4, 2009
PBC TAIPING 17 - 18 OKT 2009
Mukjizatnya Azan
Friday, September 25, 2009
Wednesday, September 16, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN


- Sedar tak sedar kita bakal merayakan AidilFitri tak berapa hari lagi.
- Tentu seronok kan? Dan yang sedihnya Ramadhan bakal meninggalkankita pula.
- Dikesempatan ini, saya mewakili staf dari pusat agensi kuala kangsar dan pusat stokis daerah ayer kuning ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
- MAAF ZAHIR DAN BATIN" jika ada tersalah silap kami selama ini.
- Kalau balik ke kampung tu berhati-hatilah ya. Biar lambat
- asal selamat.
Wednesday, September 9, 2009
Awas semua muslimin dan muslimah!
.jpg)
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau(GREEN BEAN SOY DRINK)? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya,bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.???tgk-tgk lah ringankan lah mata tu untuk membaca isi kandungan tesebut
Cuba lihat kat pic ini.Cuba lihat dekat-dekat.......
Apa ke benda ni?Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, dari mana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???
Friday, September 4, 2009
majlis berbuka puasa jualan kupon amal
satu majlis berbuka puasa dan sumbangan anak yatim akan dia adakan
Thursday, September 3, 2009
produk madu dalam HPA
produk madu di atas ada produk madu yang telah di adun dengan herba yagn terpilih untuk penyakit yang tertentu
- madu plantisol - produk ini sesuai untuk masalah kecing manis
- madu radix - untuk masalah hormon , tulang
- madu ardisia - untuk masalah ghout
- madu paramaria - untuk masalah sakit puan
- madu coscinium - untuk masalah redung / alahan yang teruk
- madu asli
Tuesday, September 1, 2009
Monday, August 31, 2009
Friday, August 28, 2009
Sunday, August 23, 2009
Alergi (alahan) udang dan ketam
1. Ardisia
2. Malac
3. Plantisol
4. Vitex
Ubatan anti histamin yang diberikan di hospital dan klinik hanya menghilangkan gejala Alergi pada ketika itu tetapi tidak menghilangkan terus kesan elergi pada sesuatu makanan. Selepas anda mengambil herba HPA terus mengambil makanan yang dikatakan dahulunya Alergi. InsyaAllah tidak berlaku lagi. Allahuakbar.
Namun bagitu satu lagi yang lebih cepat menghilangkan alergi iaitu madu corcinium yang baru dikeluarkan. Lebih cepat dan mudah cuma bergantung kepada kesesuaian tubuh sesaorang.