AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

Saturday, January 22, 2011

GARAM BUKIT & GARAM LAUT


Garam Bukit

Garam bukit telah wujud secara fitrah semenjak jutaan tahun yang lalu. Ia adalah garam yang berasal dari kawasan gunung Himalaya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang sangat sempurna.

Garam semulajadi ini tidak perlu melalui proses penambahan bahan awet dan pewarna seperti garam dari laut. Warna asal garam bukit ini ada yang berwarna puteh, 'pink' dan kemerah-merahan; merupakan sumber yang bersih dan bebas dari sebarang pencemaran.

Garam bukit mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan, sebaliknya garam laut selepas proses 'pembersihan' hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan seperti kalsium karbonat, magnesium karbonat dan aluminium hidroksida. Aluminium merupakan salah satu faktor penyakit 'Alzheimer'.

Struktur atom garam bukit bukan berbentuk molekul, tetapi berbentuk caj letrik dan mampu membebaskan tenaga dalam badan dan membantu dalam proses metabolisma. Kekurangan garam ini akan menyebabkan badan kekurangan tenaga dan sistem saraf badan juga akan terjejas.

Kerana garam bukit ini garam semulajdi, badan tidak akan menolaknya keluar sebaliknya akan menerima kehadirannya di dalam badan. Oleh itu air di dalam sel badan tidak akan mengalir keluar dari sel untuk meneutralkan garam tersebut dan keseimbangan air dalam tubuh dapat dikekalkan.

Garam Laut

Garam laut merupakan garam makan yang telah disaring dan hampir asli (95% ataupun lebih). Pada kebiasaannya, ia mengandungi bahan yang mengelakkannya dari bergumpal.

Garam laut biasa mengandungi kandungan natrium yang amat tinggi sehingga 40%. Pengambilan natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi. Oleh itu mengurangkan pengambilan garam laut biasa dalam diet harian adalah disarankan.

Tubuh manusia mengenalpasti garam laut biasa sebagai racun dan bukan bahan semulajadi, dan cuba menyingkirkannya scepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh untuk menyingkirkan garam laut terutama pada organ ginjal.

Apabila tubuh cuba menyingkirkan garam laut yang berlebihan, air adalah diperlukan untuk mengelilingi natrium klorida dan memecahkan molekul natrium klorida kepada ion natrium dan ion klorida. Penggunaan air yang tinggi akan menyebabkan sel badan mengalami penghidratan dan ini menjejaskan fungsi optimal badan.

Kesan penggunaan garam laut akan membentuk keasidan edema yang tinggi atau kelebihan cecair dalam tisu badan dan adalah punca penyebab terjadinya selulit. Untuk setiap 0.035 auns natrium klorida, badan akan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan keasidan garam itu.

Sekiranya kandungan natrium klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku di mana badan akan menggunakan protein lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam yang berlebihan.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik, asid urik tersebut akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi
.

No comments:

Post a Comment