AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

Saturday, January 29, 2011

EQ MINDA


KANDUNGAN EQ-MINDA
I. MADU LEDAH – makan lengkap yang turukan dalam AL-QURAN membekalkan tenga serta nutrient dan membantu menghilang keletihan serta perkembangan minda
II. BADAM - membekalkan pelbagai vitaman dan mineral selain serat,protein, lemak dan kandungan fitkimia. Satu hidangan badan ( 23 biji ) mengandungi 35% nilai keperluan harian ( DV ) antioksidan, 20% DV magnesium, 15% DV fosforus dan 13% DV riboflavin
III. HABBATUSSAWDA – member kesan kepada paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkat imuniti dan memudahkan penghadaman
IV. KACANG ADAS – membekalkan protein yang tinggi selain fiber vitamin B1 dan mineral
V. KURMA – mengandungi karbohidrat, lemak, protein dan vitamin c yang dapat membekalkan tenga. Dari segi saintifik, ia berkesan insomnia. Kuram juga memudahkan proses kelahiran serta meredakan tekanan darah tinggi
VI. BUAH TIN – sumber flavonoid dan polifenol yang baik disamping kandungans antioksiden dan fiber yang tinggi
VII. KISMIS – memperbaiki daya ingatan, melindungi hati, memperbaiki sirkulas, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bacteria mulut
VIII. ZAA’FARAB – antikasinogenik, antimutegenik dan mengandungi antioksidan
IX. HALIA – halia dapat merawat masalah angin ( karminatif ) merawat inflamasi, mengurangkan penyakit hati
“MEMBANTU MENGHILANGKAN KELETIHAN SERTA PERKEMBANGAN MINDA”
HARGA:-
RM 50.00 ( BUKAN AHLI )
RM 45.00 ( AHLI HPA )
NILAI MATA :- 10

Saturday, January 22, 2011

BATU KARANG HEMPEDU

Pengenalan

Hati menghasilkan hempedu, sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil (duodenum).

Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik, duktus hempedu biasa dan memasuki duodenum di mana ia akan memecahkan lemak yang ada dalam makanan.

Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Proses ini mengambil masa selama beberapa tahun bermula dari saiz batu karang hempedu sekecil sebutir pasir hingga sebesar bola golf. Permukaan batu tersebut ada yang licin dan ada yang tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

Jenis-Jenis Batu Karang Hempedu

  1. Batu karang hempedu berkolestrol – berwarna kuning. Mungkin juga ada bahan lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). 80% dari kes batu karang hempedu dari jenis ini.
  2. Batu karang hempedu berpigmen – berwarna coklat gelap atau hitam. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  3. Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah dan membentuk duktus sendiri. Jarang berlaku.

Simtom-Simtom

  1. Rasa senak yang kronik dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  2. Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen.
  • Kesakitan ini mungkin berlaku selama 1 hingga 2 jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.
  • Rasa sakit ini memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam.
  • Serangan bermula di bahagian tengah dan atas abdomen dan kadangkala menular ke belakang atau bahu kanan.
  • Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama 1 hari atau lebih.

3. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan disertai dengan demam panas.

BATU KARANG HEMPEDU

Faktor-Faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun temurun. Ia mudah terjadi kepada golongan tertentu sepeti berikut:

  • Wanita di antara umor 20 dan 60 tahun berisiko 2 kali ganda lebih dari lelaki.
  • Mereka yang obes atau memiliki indeks jisim tubuh (BMI) yang tinggi.
  • Mereka yang mengambil diet yang rendah kalori dan cuba untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Keadaan ini akan menggangu sistem kimia tubuh dan menyebabkan pundi hempedu kurang mengecut dan menghasilkan cecair dalam kuantiti yang tidak mencukupi.

Diagnos

Perubatan moden mengesan tanda-tanda kehadiran batu karang hempedu dengan ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer.

Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata dan memeriksa abdomen secara palpasi untuk melihat samada ia terasa sakit bila disentuh. Sekiranya didapati positif, pemeriksaan lanjutan ujian darah akan dilakukan untuk mengetahui tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan

  1. Pembedahan – samada pembedahan kecil atau pembedahan terbuka.
  2. Bukan pembedahan – samada dengan pengambilan pil garam hempedu untuk melarutkan batu-batu kolestrol yang kecil atau melalui terapi gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk memecahkan batu karang.

*Nota – melalui cara rawatan di atas, kemungkinan untuk batu karang hempedu terjadi semula adalah tinggi sekiranya pesakit tidak mengambil ubat ursodial (pil garam hempedu) secara berterusan.

(petikan daripada ruangan kesihatan keluaran mingguan malaysia 12 november 2006 oleh shafinaz sheikh maznan dengan kerjasama dr abd hamid mat sain, pakar runding bedah am dan laparoskopik, columbiaasia medical centre, seremban, negri sembilan.)

GARAM BUKIT & GARAM LAUT


Garam Bukit

Garam bukit telah wujud secara fitrah semenjak jutaan tahun yang lalu. Ia adalah garam yang berasal dari kawasan gunung Himalaya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang sangat sempurna.

Garam semulajadi ini tidak perlu melalui proses penambahan bahan awet dan pewarna seperti garam dari laut. Warna asal garam bukit ini ada yang berwarna puteh, 'pink' dan kemerah-merahan; merupakan sumber yang bersih dan bebas dari sebarang pencemaran.

Garam bukit mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan, sebaliknya garam laut selepas proses 'pembersihan' hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan seperti kalsium karbonat, magnesium karbonat dan aluminium hidroksida. Aluminium merupakan salah satu faktor penyakit 'Alzheimer'.

Struktur atom garam bukit bukan berbentuk molekul, tetapi berbentuk caj letrik dan mampu membebaskan tenaga dalam badan dan membantu dalam proses metabolisma. Kekurangan garam ini akan menyebabkan badan kekurangan tenaga dan sistem saraf badan juga akan terjejas.

Kerana garam bukit ini garam semulajdi, badan tidak akan menolaknya keluar sebaliknya akan menerima kehadirannya di dalam badan. Oleh itu air di dalam sel badan tidak akan mengalir keluar dari sel untuk meneutralkan garam tersebut dan keseimbangan air dalam tubuh dapat dikekalkan.

Garam Laut

Garam laut merupakan garam makan yang telah disaring dan hampir asli (95% ataupun lebih). Pada kebiasaannya, ia mengandungi bahan yang mengelakkannya dari bergumpal.

Garam laut biasa mengandungi kandungan natrium yang amat tinggi sehingga 40%. Pengambilan natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi. Oleh itu mengurangkan pengambilan garam laut biasa dalam diet harian adalah disarankan.

Tubuh manusia mengenalpasti garam laut biasa sebagai racun dan bukan bahan semulajadi, dan cuba menyingkirkannya scepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh untuk menyingkirkan garam laut terutama pada organ ginjal.

Apabila tubuh cuba menyingkirkan garam laut yang berlebihan, air adalah diperlukan untuk mengelilingi natrium klorida dan memecahkan molekul natrium klorida kepada ion natrium dan ion klorida. Penggunaan air yang tinggi akan menyebabkan sel badan mengalami penghidratan dan ini menjejaskan fungsi optimal badan.

Kesan penggunaan garam laut akan membentuk keasidan edema yang tinggi atau kelebihan cecair dalam tisu badan dan adalah punca penyebab terjadinya selulit. Untuk setiap 0.035 auns natrium klorida, badan akan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan keasidan garam itu.

Sekiranya kandungan natrium klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku di mana badan akan menggunakan protein lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam yang berlebihan.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik, asid urik tersebut akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi
.

kelebihan bekam






BEKAM
Bekam atau hijamah adalah teknik pengubatan dengan jalan membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.Perkataan Al Hijamah berasal dari istilah bahasa arab : Hijama (حجامة yang berarti pelepasan darah kotor. Sedangkan dalam bahasa Inggeris disebut dengan cupping, dan dalam bahasa Melayu dikenal dengan istilah Bekam. Di Indonesia dikenal pula dengan istilah kop atau cantuk.
Berbekam merupakan metode pengobatan klasik yang telah digunakan dalam mengubati berbagai penyakit seperti hemophilia, hipertensi, gout, reumatik arthritis, sciatica, back pain (sakit punggung), migraine, vertigo, anxietas (kecemasan) serta penyakit umum lainnya baik bersifat fizikal mahupun mental.
Bekam merupakan pengobatan yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW, sebagaimana dijelaskan dalam hadith Bukhari :
Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah bersabda :
"Kesembuhan (ubat) itu ada pada tiga hal: dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan aku melarang ummatku dengan besi panas"
(Hadist Bukhari)

Friday, January 21, 2011

Dennyo Versatile Cleaner

Selepas mengeluarkan Penghindar Serangga Jasmin yang berasaskan Serai Wangi, kini HPA memasarkan Dennyo Versatile Cleaner.

Pembersih Dennyo yang dirumus oleh formula khas sangat sesuai digunakan untuk menanggalkan kotoran degil, minyak atau gris. Ianya sesuai digunakan untuk pelbagai permukaan termasuk bahagian atas kaunter, meja, dapur dan bahagian dalam almari. Berkesan untuk menghalau serangga seperti lalat, semut, lipas dan lain-lain.

  • Membersih pelbagai kotoran
  • Menghalau serangga/membasmi kuman
  • Haruman aromaterapi serai wangi

Cara guna: Goncang, sembur dan lap dengan menggunakan kain lembab.

Isipadu: 500ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak:

Nilai Mata (NM): 2