AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

Sunday, November 29, 2009

Hikmah Di Sebalik Ibadah Korban

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. :

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".
( Surah al-Kausar : 1-3 )

Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pعla lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. :

"مَنْ وَجَدَ سَعَةً ِلأَنْ يُضَحِّيَ فَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنـَا"

Maksudnya : " barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini ".
( riwayat Ahmad dan Ibni Majah )


Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.

Jelaslah kepada kita, bahawa ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban. dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri.

Sebagai kesimpulan, antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah :

1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( تَقَرُّبْ إِلى اللهَ )sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.

3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim.

4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.

5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.

Maksudnya : " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ".
( Surah Ibrahim : 7 )

Sunday, November 22, 2009

kelas mingguan di kuala kangsar




kelas mingguan berjalan seperti biasa,kami menjemput PJ irwan azhari dan adik berliau PJ shahril tahir dr batu kurau perak untuk meriahkan lagi suasana pd mlm tersebut. alhamdulilah..syukur

Fadhilat Dan Hikmah Korban

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Sunday, November 15, 2009

kelas mingguan kuala kangsar telah muncul kembali

Pada tanggal 15/11/2009 kelas mingguan kuala kangsar telah diadakan pengceramah PJS ABDULLAH BIN RAHIM (pengceramah jemputan ). Beliau menyampaikan ceramah yang betajuk pengdapatan ummah.

Diantaran leader yang hadir adalah PJE aasim khalid,PJ ustaz sau'fi ibrahim,PJI haridah kalnum,PJE imilia,siti nafsiah sakor,ustaz firdaus muhammed ali,PJ salihuddin pehe,


PJS ABDULLAH BIN RAHIM menyampaikan ceramah motivasi beliau


PBC taiping 14-15 / 11 / 2009

PBC kali ini terdapat seorang peserta OKU yang hadir.Bagi beliau tiada halangan untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan MLMs HPA.yang cerah masa hadapan

PJE imilia abdul malek mengberi motivasi dan pengalaman kepada perserta

urusetia yang sibuk selesaikan tugas bagi menglancarkan pejalanan program

pemenang bagi slot LDK

diantara fasililator yang hadir menjayakan program PBC

Saturday, November 14, 2009

Hadis : Jangan Menolak Sedekah


Hadis :
Dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata : "Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku." Nabi bersabda: "Ambillah lalu kembangkan atau engkau sedekahkan. Sesuatu yang datang kepada mu dari harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka ambillah dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan diri mu pada sesuatu itu." (Muslim)

Huraian :
Masyarakat moden sekarang lebih mudah dan senang bersedekah. Ini bersesuaian dengan peredaran masa yang membolehkan kita bersedekah menggunakan potongan melalui bank serta yang terbaru bersedekah atau menderma menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon mudah alih. Al-Quran menyebut yang maksudnya: "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mu'allaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan dalam perjalanan). (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah:60).

Pada zaman ini tidak hairan jika dikatakan ramai manusia sanggup menipu untuk mendapatkan sedekah. Sebaliknya amat menghairankan dan jarang-jarang berlaku orang yang menolak sedekah sedangkan keadaan fizikal dan hidupnya amat memerlukan. Mereka tidak meminta jauh sekali ingin mendesak dalam mendapatkan sesuatu daripada orang lain. Dalam hal ini Islam sesungguhnya amat menggalakkan kita agar berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki untuk menyara kehidupan dan Islam tidak menggalakkan kita meminta sedekah. Namun seandainya sesuatu itu datang tanpa diduga atau diminta ia dianggap sebagai pemberian dan rezeki daripada Allah SWT. Terimalah ia dengan penuh kesyukuran mudah-mudahan rezeki itu akan bertambah bahkan membolehkan kita bersedekah pula kepada orang lain. Kata orang ‘tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah." Dengan perkataan lain Islam menggalakkan kita bersedekah namun Islam tidak sekali-kali menggalakkan kita menjadi orang peminta sedekah.

Monday, November 2, 2009

selamat datang reinsan center



REINSAN CENTER kini sudah dibuka di taman sri klebang.Oleh itu semua penduduk sri klebang dan juga chemor boleh mengdapatkan produk halal seperti produk HPA dan lain-lain.
Di samping itu juga REINSAN CENTER juga mengnawarkan perkhimatan seperti:-
  • BAHASA ARAB
  • TAFSIR AL-QUR'AN
  • HADITH
  • FEQAH
  • ILMU TAJWID
  • RAWATAN ISLAM
Ini terbuka kepada semua peringkat umur remaja mahu pun dewasa.
Jika kepada siapa yang berminat untuk menjadi ahli atau mengdapatkan produk hpa boleh menghubungi ustaz ahmad firdaus bin muhammed ali (013-5101796) @ abdul munir bin ishak (019-4775701) atau menghadiri ketempat pusat pengajian REINSAN CENTER beralamat no.5 sri klebang,A-13 bandar baru sri klebang 31200 chemor perak