AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

Thursday, October 29, 2009

Kisah membantu jiran dan anak yatim

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"

Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, "Muwaffaq."

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"

Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."

Wednesday, October 28, 2009

bukan dari RCH dengan RFC




JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.
________________________________________

KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.
Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.
Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.
"Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.
"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.
Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

KOMEN DARI GM.
SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPURAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMAADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.
INI KES RESTOREN AYAM YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLE SEBUT NAMA...

Tuesday, October 20, 2009

17 - 18 okt 2009 PBC taiping

Pada 17 dan 18 Oktober 2009 yang masih berada dalam bulanSyawal iaitu 28 dan 29 Syawal 1430 Hijrah, telah berlangsungnyaKursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC ) di Hotel Seri Malaysia Taiping. PBC Taiping yang telah berjaya menghimpunkan seramai 37 orang pada kali ini telah menampilkan penceramah yang hebat - hebat daripada Kelab Pemimpin Utara ( KPU ).

Di antara Pemimpin - pemimpin KPU yang hadir adalah PJS Mohd. Nadzri Ahmad ( Pengenalan Syarikat ), PJS Ismail Othman ( Plan Pemasaran ), PJS Sharifah Sulaiman ( Diagnos Saraf Tapak Tangan ), PJS Zainuddin Abdul ( 6M ), PJ Saliza Zainol ( Produk Halal ), PJS Mohd. Zamri Bakar ( Produk Pilihan ), PJS Zanbli Abdul Rashid dan PJS Siham Hashim ( Bersama Pemimpin ),PJS Asnah Mustafa dan PJS Noormah Zainol ( Urusetia ), PJS Mohd. Bakar Awang ( Bacaan Al - Ma`thurat ),
PJS Muzlina, PJ Haryzan, PJ Zalilah, PJ Roslina, manakala Malam Bintang - Bintang pula adalah PJE Imillia Abdul Malek dan PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir. MC pula ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof dan PJ Mohd. Affendy Ismail.

Para Fasilitator adalah PJI Haridah Khanun, PJ Hindon, PJ Sazali Salihuddin dan penampilan baru, Ku Iskandar Ku Aziz.

Menurut Pengarah PBC Taiping pada kali ini iaitu PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PBC kali ini walaupun menampilkan penceramah yang hebat - hebat, namun hanya dapat menghimpunkan seramai 37 orang sahaja pada kali ini adalah kerana ramai yang masih dengan `mabuk raya '. walau bagaimanapun, PBC Taiping kali telah berjalan dengan jayanya dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dari Taiping dan juga dari utara yang telah menjayakan PBC Taiping terutamanya PJS Asnah Mustafa yang tidak jemu - jemu mengendalikan PBC di Taiping dari dulu hingga sekarang.

Saturday, October 17, 2009

Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Hadis :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram." (Abu Daud)

Huraian :
1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.


2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.

3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.

4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.

5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.

dari
http://dakwah2u.blogspot.com/2009/10/hadis-setiap-penyakit-ada-penawarnya.html

Friday, October 16, 2009

cara mudah untuk penyata bonus


Semua ahli, pengedar dan pemimpin HPA boleh menlihat dan menyemak BONUS BULANAN HPA mulai OKTOBER 2009.

Sistem Maklumat HPA (MIS) telah membangunkan laman web ini bagi memberi kemudahan kepada pengedar untuk menyemak BONUS BULANAN masing-masing.


Pengedar boleh mendaftar keahlian mereka melalui laman web berikut:


http://hpa.com.my/bonus/...

Pendaftaran dibuka sekarang...

Wednesday, October 14, 2009

BAHAN HARAM

On the authority of Abu ‘Abdullah al-Nu’man bin Bashir, radiyallahu ‘anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu ‘alayhi wasallam, say:

“Truly, what is lawful is evident, and what is unlawful is evident, and in between the two are matters which are doubtful which many people do not know. He who guards against doubtful things keeps his religion and honour blameless, and he who indulges in doubtful things indulges in fact in unlawful things, just as a shepherd who pastures his flock round a preserve will soon pasture them in it. Beware, every king has a preserve, and the things Allah has declared unlawful are His preserves. Beware, in the body there is a flesh; if it is sound, the whole body is sound, and if it is corrupt, the whole body is corrupt, and behold, it is the heart.”

[Al-Bukhari & Muslim]

LIST OF HARAM INGREDIENTS
Alcohol (liquor, rum, sherry, wine, etc)
Gelatin
Lard
Rennin (rennet)
Whey

EMULSIFIERS
E120 Carmine, Cochineal, Nafur
E140 Chlorophyl
E141 Chlorophyl (copper complex)
E153 Carbo medicinalis
E160A Carotene (alpha, beta, gamma)
E161A Flavoxanthin
E161B Lutein
E161G Cantaxanthin
E252 Potassium nitrate, Salpeter
E422 Glycerin (glycerol)
E430 Polyoxyiethylen (8) stearate
E431 Polyoxyiethylen stearate
E432-36 Polysorbate
E470 Sodium, potassium, calcium acids
E471 Mono & di-glycerides fatty acids
E472 (A-E) esters of mono & di-glycerides fatty acids
E473 Sucrose esters of fatty acids
E474 Syroglycerides
E475 Polyglycerol esters of fatty acids
E476 Polyglycerol esters of polycondensed fatty acids
E477 Propane – 1, 2-diol (propylene glycol) esters of fatty acids
E478 Esters of glycerol & propane -1, 2-diol
E491 Sorbitanmonostearate
E492 Sorbitancristearate
E494 Sorbitanmono-oleate
E542 Knochonphosphate
E570 Stearic acid
E572 Magnesium stearate
E631 Sodium inosinate
E632 Potassium inosinate
E635 Sodium-5’ -ribonucleotide
E913 Wolfett, Lanolin
E920 L-cystein, L-Hydrochloride
E921 L-Cystein

1. Ingredients are considered haram because:

a) Animal origin
b) Extraction by alcohol
c) Addition of gelatin / glycerin during process
2. Ingredient originated from plant & product labeled Suitable for VEGETARIANS override the list and are Halal for consumptions

LAJNAH TARBIYAH & DAKWAH (LTD) PERSATUAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA IRELAND (PPIMI)

Sunday, October 4, 2009

PBC TAIPING 17 - 18 OKT 2009


pendaftaran boleh di buat di:-

  1. cawangan HPA taiping ( 05 - 8912717 )
  2. pusat agensi kuala kangsar ( 013-5307576 / 05 - 7765960 )
  3. PSD ayer kuning ( 012 - 4854792 / 05 - 8084033 )
tarikh tutup pada 14 okt 2009



Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan


berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin ..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya .