AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

Thursday, July 7, 2011

Kiropraktik Rawatan untuk sakit tulang belakang

Sebenarnya rawatan kiropraktik ini bermula se-awal tahun 1895 lagi. Selepas itu rawatan ini telah menular serata pelusuk di Amerika Syarikat, Australia dan Negara-negara Eropah dan dianggap sebagai rawatan alternatif.

Sejarah Kiropraktik:

Di Negara-negara barat ini rata-rata mereka telah mengiktiraf teknik kiropraktik ini. Rawatan ini berbeza dengan rawatan alternative yang lain kerana ia mempunyai kolej-kolej yang tersendiri untuk mempelajari tentang rawatan kiropraktik ini. Mereka juga mempelajari sukatan pelajaran lebih kurang sama dengan pelajar-pelajar jurusan kedoktoran yang lain.

Menurut Dr. Andre M,Abader dari Pusat Kiropraktis, Subang Jaya. Rawatan kiropraktik ini dilihat secara menyeluruh (holistically) yang berkaitan denagn otot, skeleton, dan system saraf. Sistem saraf mengawal fungsi setiap sel, tisu dan organ. Tempurung kepala bertanggungjawab melindungi otak, korda spina pula diliputi oleh 24tulang vertebra yang bergerak dan sangat sensitive.Bila berlaku ketidakseimbangan tulang-tulang atau turutan tulang yang tidak normal ia boleh mengakibatkan keradangan dan mengganggu system vascular darah dan system saraf. Gangguan ini boleh mengakibatkan kesakitan dan mengganggu system saraf.

Tubuh manusia boleh kita ibaratkan dengan sebuah kereta. Jika kita sedang memandu dan didapati stering bergoyang (shaking). Bila dihantar kepada mekanik, bukan stereng yang rosak tetapi tayar yang sudah lari dari alignment. Tayar yang tidak seimbang boleh menyebabkan stereng bergoyang. Begitu juga dengan kiropraktik kita melihat secara fizikal” ujar Dr. Andre yang berasal dari Afrika Selatan ini.

“ Pakar kiropraktik akan memperbetulkan bahagian spina yang ‘ terkeluar’ atau dislokasi dari struktur tulang supaya kembali ke kedudukan asalnya. Selalunya pakar kiropraktik akan melakukan prosedur biasa menggunakan pergerkan tangan yang dipanggil penyesuaian spina, pakar akan memberi sedikit tekanan, memulas atau menarik kepada sendi spina tersebut,” ujarnya.

Ujian fizikal dan diagnosis

Bila seseorang pesakit datang meminta rundingan dari pakar kiropraktik pertama sekali doctor akan mencatat semua sejarah perubatan pesakit tersebut. Pakar Kiropraktik akan mengenal pasti kawasan yang sakit atau kecederaan. Ujian tulang belakang akan dilakukan untuk mengetahui keadaan otot, sendi (joint), ligament, tendon, system saraf dan tisu-tisu lembut yang lain. Selalunya pesakit dikehendaki untuk melakukan ujian X-Ray ataupun ujian darah. Rawatan kiropraktik ini menawarkan rawatan seperti fisioterapi, akuountur, pemakanan (nutrition), pemulihan (senaman) dan pemampatan unsur panas dan sejuk.

Selain merawat sakit belakang kiropraktik juga boleh merawat bone spurs, sciatica, scoliosis, sakit lutut dan buku lali, whiplash, sindrom carpel tunnel, sakit kepala dan migraine, sakit leher, osteoporosis dan sebagainya.

Kesan sampingan terhadap rawatan ini adalah paling minima. Pakar kiropraktik juga selalunya akan menasihati pesakit mengamalkan prinsip mencegah lebih baik dari mengubati. Tukarlah cara hidup, betulkan postur badan, jaga pemakanan, senaman yang betul dan sikap yang positif.

Kelebihan Kaedah Kiropraktik
  • Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan
  • Meningkatkan tenaga
  • Tidur yang lebih selesa
  • Membantu baiki postur tubuh
  • Melambatkan penuaan
  • Natural
  • Tidak sakit
  • Tiada ubat-ubatan.

3 comments:

  1. Assalam Tuan, adik saya memerlukan rawatan merawat slips disc, boleh syorkan kaedah dan pusat rawatan ynag terbaik ...terima kasih

    ReplyDelete
  2. adakah ia mampu untuk muscular dystrophy

    ReplyDelete
  3. Assalam. Anak saya ada masalah tulang pada sendi lutut. Bila xtray nampak terkeluar dari sendi lutut. Bila berjalan jadi kengkang. Umur 5 thn tk nampak sangat. Sekarang dh 6 thn boleh kengkang teruk.

    ReplyDelete