AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

Thursday, July 7, 2011

Apa Itu Halal… Dan Apa Itu Haram…

Permasalahan halal dan haram sudah sekian lama mendampingi manusia iaitu semenjak manusia belum diturunkan ke muka bumi lagi. Permasalahan ini menjadi asas kepada seluruh isi alam dan di atasnya berdiri neraca kehidupan.

Solatlah wahai Insan....

Solatlah wahai Insan....

Allah S.W.T menjadikan manusia supaya melaksanakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi. Allah Maha Tahu apa apa yang dapat memelihara makhluk ciptaanNya dan juga Maha tahu juga apa-apa yang boleh merosakannya.. Oleh demikian itu Dia mengaturkan kepada makhluk ciptaanNya ini peraturan agar sentiasa berada dalam keadaan aman supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan kelangsungan hidup melalui pemakanan. Begitu juga agar mereka dapat meneruskan kesinambungan zuriat melalui perkahwinan.

Hikmah Allah menghendaki dengan penciptaan manusia itu agar mereka menempuh kehidupan di muka bumi bersama peraturan penciptaannya yang terkandung di dalam manhaj Allah iaitu pada hukum “boleh” dan “tidak boleh” atau dengan kata lain : Halal dan Haram…Adam dan Hawa diturunkan pun setelah mereka mendapat pengalaman dilatih oleh Allah mengenai Halal dan Haram di dalam syurga sebelum menempuh kehidupan di dunia dan memakmurkannya.

Sebelum mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman yang telah ditempuhi oleh Adam dan Hawa, adalah molek ditegaskan semula di sini bahawa Allah S.W.T telah menghalalkan banyak perkara berbanding yang haram. Perkara – perkara yang halal itu tidak terkira banyaknya sehingga tidak dapat dihitung sedangkan perkara-perkara yang haram jumlahnya boleh dihitung. Manusia tidak dapat membilang sesuatu yang terlampau banyak. Yang mampu dibilang olehnya, hanya yang sedikit. Sebagai contoh : bilangan biji pasir di pantai atau bilangan ombak di lautan, tidak ada seorang pun yang dapat membilangnya walaupun pada zaman yang serba canggih dan memiliki teknologi moden ini. Membilang sesuatu yang jumlahnya terlalu banyak ini, tidaklah mampu dilakukan oleh manusia kerana ia berada di luar kemampuannya. Begitulah juga dengan nikmat – nikmat Allah, ianya berada di luar kemampuan manusia untuk dibilang. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang bermaksud:

… dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). (Surah Ibrahim : 34)

Nikmat-nikmat Allah memenuhi seluruh pelusuk alam ini yang tidak terkira banyaknya dan amat sedikit sahaja dari nikmat-nikamat itu diharamkan. Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah di dalam ayat151-153 surah Al-Anam berikut ;

151. Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu Karena takut kemiskinan, kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar[518]“. demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).

152. Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya. dan apabila kamu berkata, Maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu)[519], dan penuhilah janji Allah[520]. yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.

153. Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)[152], Karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.

[518] maksudnya yang dibenarkan oleh syara’ seperti qishash membunuh orang murtad, rajam dan sebagainya.

[519] maksudnya mengatakan yang Sebenarnya meskipun merugikan kerabat sendiri.

[520] maksudnya penuhilah segala perintah-perintah-Nya.

[152] Shalat wusthaa ialah shalat yang di tengah-tengah dan yang paling utama. ada yang berpendapat, bahwa yang dimaksud dengan Shalat wusthaa ialah shalat Ashar. menurut kebanyakan ahli hadits, ayat Ini menekankan agar semua shalat itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya.

Di dalam ayat ini, diceritakan beberapa perkara yang diharamkan. Ianya mengandungi sepuluh wasiat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s…Tetapi anda tidak akan jumpa walaupun satu ayat yang menyebut : Marilah kubacakan apa yang dihalalkan atas kamu oleh Tuhanmu…

Inilah dia asas latihan yang Allah S.W.T berikan kepada Adam dan Hawa sebelum keduanya turun ke muka bumi. Allah menjadikan mereka berdua bersedia untuk menjalani kehidupan di muka bumi dimana Allah letakan mereka di satu tempat untuk berteduh. Di tempat itu terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan yang Allah namakan sebagai syurga….Syurga di dalam Al-Quran merujuk kepada syurga dunia dan syurga akhirat. Mana-mana tempat yang memberikan kepada pemiliknya keperluan asas untuk hidup seperti air dan makanan tanpa perlu keluar dari tempat itu, itulah dinamakan syurga(kebun). Berkenaan syurga atau kebun, di dalam Al-Quran ada diceritakan beberapa kisah mengenainya antaranya :

1)Kisah pemilik dua kebun yang derhaka dan kufur kepada Tuhan :

“Dan berikanlah kepada mereka[880] sebuah perumpamaan dua orang laki-laki[881], kami jadikan bagi seorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon korma dan di antara kedua kebun itu kami buatkan lading”.(Surah Al-Kahfi : 32)

[880] yaitu: kepada orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.

[881] yaitu: dua orang Yahudi yang seorang mukmin dan yang lain kafir.

2) Kisah pemilik-pemilik kebun yang tidak memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin buah-buahan dari kebun mereka, lalu Allah membinasakan mereka :

“Sesungguhnya kami Telah mencobai mereka (musyrikin Mekah) sebagaimana kami Telah mencobai pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahwa mereka sungguh-sungguh akanmemetik (hasil)nya di pagi hari”,(Al-Qolam : 17)

Sebelum Adam dan Hawa diturunkan ke muka bumi, Allah S.W.T terlebih dahulu memasukan mereka ke dalam syurga. Di dalamnya terdapat banyak makanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan mereka, semuanya tersedia, setiap apa yang dikehendaki terdapat di dalamnya. Bila Allah menghendaki adam dan Hawa melalui pengalaman halal dan haram, Allah tidak menyatakan kepada mereka perkara-perkara yang halal kerana ianya terlalu banyak. Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan kami berfirman: “Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini[37], yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim” (Al-Baqarah:35).

[37] pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab Al Quran dan Hadist tidak menerangkannya. ada yang menamakan pohon khuldi sebagaimana tersebut dalam surat Thaha ayat 120, tapi itu adalah nama yang diberikan syaitan.

Di dalam ayat tersebut Allah menyatakan kepada Adam dan Hawa bahawa semua perkara adalah halal kecuali sebatang pokok. Hanya satu-satunya yang Allah haramkan kepada mereka ialah mendekati sepohon pokok, selain pokok tersebut adalah halal belaka.

…. Tetapi mengapa Allah S.W.T telah mengharamkan pokok tersebut ?…Allah mengharamkannya untuk memberitahu tentang falsafah halal dan haram di seluruh pelusuk alam. Allah sebagai pencipta manusia, Maha Tahu tentang peraturan yang boleh menjaga manusia ciptaanNya itu dari rosak binasa….lalu Allah menyuruh manusia melakukan sesuatu mengikut caranya yang betul…dan apabila sesuatu perkara itu sudah rosak, Allah menyuruh pula melakukan sesuatu yang lain untuk membaikinya….hal ini samalah seperti manual penggunaan kenderaan yang meminta pembeli mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pembuatnya agar kenderaan tersebut tidak rosak. Jika rosak pula ada cara untuk membaikinya agar kenderaan itu boleh digunakan semula.

Kita adalah ciptaan Allah S.W.T…dan peraturan atau manual yang boleh memelihara kita adalah dengan menyuruh kita berdiri di hadapan Allah lima kali sehari semalam iaitu solat. Kita tidak boleh mempersoalkan apakah faedahnya mendirikan solat kepada pemeliharaan manusia dari rosak…Sebenarnya asas pemeliharaan manusia terletak pada jiwa dan akal…kita tidak tahu apa yang berlaku kepada jiwa kita semasa berdiri di hadapan Allah dalam solat…kita juga tidak tahu tentang daki – daki dunia yang keluar dari jiwa kita pada masa itu…juga tidak tahu bahawa sifat-sifat baik telah meresap masuk ke dalamnya…Kita berada di hadapan Allah S.W.T Maha Pencipta yang memelihara ciptaanNya ini….apabila kita berdiri di hadapanNya di dalam solat lima kali sehari semalam, adakah akan berlaku kebinasaan ke atas diri kita? Fikirkanlah wahai manusia…

No comments:

Post a Comment