AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

Thursday, February 24, 2011

keburukan makanan yang student selalu makan..


Pernah tak korang terfikir makanan yang selama ni kita makan, ada keburukan nya, lagi2 as a student, selalu tak ada masa nak masak, balik class penat, yang duduk hostel lagi la..nak masak mcmane kan..nampak je katil terus nak golek..bukan tu je, nama pun student, duit poket harapkan pinjaman, tak pun parents, terpaksa ikat perut kalau keadaan mendesak..nak tak nak terpaksa beli makanan segera yang mudah di masak and murah..

MI SEGERA


Mi segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas.Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) di dalam mi tersebut yang membolehkannya tahan lama.Jika korang makan mi itu hari ini, dan korang teringin makannya lagi, pastikan korang makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk hadam. Dan bayangkanlah jika korang makan mi segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul di dalam perut korang .Ini boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

SARDIN

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

3 IN 1


Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seseorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 garam,terdapat 55.6 peratus kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % dengan dua sudu teh gula.Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer kerana bahan penambah rasa tu diminati pengeluar minuman terbabit.

PANADOL
Panadol adalah bertoksik kepada tubuh manusia. Ia merosakkan organ hati. Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak korang ambil, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan korang. Bererti korang perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika korang terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup korang, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang korang alami dan korang perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Korang sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

No comments:

Post a Comment