AZIZAH HAMZAH ENTERPRISE

156,jalan taman mas satu,taman mas,34000 taiping,perak

PERAWATAN JAWI


SEJARAH PERJAWATAN JAWI

¡Perubatan JAWI telah diasaskan oleh Tn. Haji Ismail bin Haji Ahmad. Perkataan JAWI diambil bersempena nama tempat kelahiran beliau iaitu Jejawi, satu daerah yang terletak di negeri Perlis.

¡Tn. Haji Ismail bin haji Ahmad merupakan seorang graduan dari Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) dalam bidang Pertanian (Kajian Botanikal). Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia perubatan herba, serta hasil lawatan, seminar, workshop serta kursus-kursus lainnya ke pelbagai negara, beliau telah berjaya mewujudkan satu kaedah perubatan yang dinamakan sebagai ‘Perubatan JAWI’.

¡Kejayaan kaedah perubatan ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan mengamalkan herba ini. Atas usaha untuk merealisasikan Perubatan JAWI ini, akhirnya lahirlah Institut Latihan Herba Al-Wahida yang lebih dikenali dengan nama INTIBAH.



Pengertian Perubatan JAWI

¡Perubatan JAWI ialah suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.
¡Perkataan JAWI merujuk kepada:

¡J : Jejawi: Nama sebuah daerah kecil di Perlis, tempat di mana perubatan ini dikembangkan.

¡A : Alamiah: Bererti perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami atau semulajadi sebagai salah satu sumber perubatan herba.

¡W : Wathan: Beerti negeri atau tempatan dalam Bahasa Arab. Ini bermaksud perubatan ini menekankan penggunaan bahan-bahan alami (semulajadi) yang berasal dari dalam negeri di mana penyakit itu dijangkiti.

¡I : Ilahiyah: Bererti meletakkan unsur-unsur Ilahiyah (ketuhanan) sebagai sumber perubatan. Jadi, perubatan ini bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.